Skip to main content

PERMATA ZAMRUD


Nak tanya sikit boleh?? Agak-agak ada ke orang pompuan yang tak suka barang kemas...macam batu permata, intan berlian nih...kalo ada pasal apa tak suka ye?? Kalo nak membeli memang laa tak suka sebab kena keluarkan duit..tapi kalo ada orang yang nak memberi takkan tak suka jugak kot...tapi me ada berjumpa dengan orang yang tak suka dengan barangan kemas nih...bukan sebab dia tak mampu nak beli tapi dia memang tak berminat...dia lebih suka mengumpul aksesori yang ada manik-manik, kristal-kristal ataupun tali-tali yang macam budak budak muda suka pakai tu...Bila me tanya kenapa tak beli je barang kemas..sekurang-kurangnya kalo sesak-sesak boleh masuk wad...[nampak sangat me beli sebab untuk digunakan bila sesak...hahaha] Jawapan dia memang macam tak bagi jawapan je, alasan mudahnya sebab dia memang TAK BERMINAT..nasib baik cincin kawin dia aritu bukan cincin yang beli cekelat dapat cincin tu...kalo tak memang untung laa somi dia..hehehe. Errmmm heran jugak me, ada gak orang pompuan yang tak suka barang kemas nih kan...Okay laa tu kita berenti cita pasal barang kemas nih..meh kita usha resepi tuk arini...

Jemput rasa permata zamrud me nih.....


Haa ni laa dia Permata Zamrud ataupun lebih dikenali dengan nama Sagu Gula Melaka. Biasa dengar kan??? Dan dah biasa makan pun kan?? Pasai apa laa hang dok tukaq nama koi ni...hang buat cek terkonpius sat...Macam biasa bila dapat kat me resepi nih, me akan menaiktarapkan nama dessert nih..biar kasi kebabom sikit baru laa padan dengan rasa dia...Ooo ada yang marah ye sebab tak suka me memandai-mandai menukarkan nama dia..tak apa laa nama nih hanya tuk suka-suka me aje..kalo ada yang marah dan tak suka me menyusun jari memohon mahap ye... 



Permata Zamrud yang belum disiramkan dgn air gula..


Seumur hidup me, ni laa first time me makan koi sagu berendam gula nih...sebelum nih tak pernah makan pun..mak me pun tak pernah buat rasanya...atau me yang tak pernah nak cuba makan kot...sebab me ni masa kecik-kecik dulu kalo nak makan apa-apa jenis juadah suka sangat memilih...yang manis tak nak, yang pedas tak suka dahtu yang pelik sikit rupa koi tu pun tak nak dicuba rasa...haa sekarang dah remaja purba nih baru nak mencuba segala jenis...dia tak tau time ni laa beraneka penyakit suka sangat nak berkawan rapat...hehehe. Alaa tak apa laa kan, bukannya makan ari-ari pun sekali sekala bila tekak nih teringin nak merasa..betul tak??


Agak mudah cara penyediaan pencuci mulut ni...



BINTANG :- **** 4/5

Resepi me rembat dari blog farawmdean

Bahan-bahan :-

160gm sagu (warna putih)
2 liter air
2 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya)
[me beli yang dah siap berkaler jd me x pakai pandan yg dikisar ni]


Untuk Sirap gula :

*1 ketul gula melaka (dipotong kecil)
*1/2 cawan gula pasir
*1 1/4 cawan air
*1 helai daun pandan
[Masakkan bahan bertanda * hingga larut dan pekat kemudian sejukkan & tapis]
Susu cair


Cara-cara :-

1. Didihkan air masukkan jus pandan yang dikisar dan daun pandan.
2. Kemudian basuhkan sagu dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi.
3. Masak sagu biar berubah hingga jernih.
4. Tutupkan api dan biar sagu dalam 2-3 min.
5. Angkat sagu tadi dan toskan serta alirkan dengan air untuk membuang kanjinya.
6. Setelah ditos isi dalam acuan atau mangkuk bersesuaian dan simpan di dalam fridge.
7. Keluarkan sagu dari acuan dan letak dalam bekas dan masukkan air gula dan susu cair tadi.





Comments

Fofuler post

AYAM SERAI DIRAJA

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES