Skip to main content

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER


AIDILFITRI HARI BAHGIA...HARI YANG MULIA...MOHON MAAF BERSAMA DIPINTA...SELAMAT, SELAMAT HARI RAYA...

Dikesempatan bulan yang mulia ini me ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada perkataan yang tersalah tulis, terkasar gaya bahasa dan tercuit perasaan kalian samada yang mengenali diri ini ataupun tidak. Me juga dah memaafkan sekiranya ada kekhilafan, kekutukan, kemenyampahan dan segala "ke" yang ada terhadap me. Kita hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Jadi marilah kita bersama-sama memohon kemaafan... B-)


Sedapppppppppppp!!!!!

Macamana dengan sambutan hari raya uols tahun nih?? Mesti meriah giler kannn?? Bila hari raya ni laa kita dapat berkumpul bersama dengan adik beradik dan saudara mara..Kalau adik beradik ramai tu mesti kecoh pada malam raya tu kan...Macam me nih walaupun adik beradik tak laa ramai sangat tapi kekecohannya dah bermula pada pagi hari memasak tu lagi...memasing berebut tugas. Kalau boleh semua nak kerja yang senang-senang je...Malam raya tu pulak lagi bertambah terasa kemeriahannya..Ye laa ada yang kena gantung langsir, tukarkan sarung kusyen, mendeko jambangan bunga, yang nak jadi pereka hiasan dalaman tak bertauliah pun ada, main arah je apa nak buat...yang jadi tukang isi biskut kat dalam balang pun ada, yang nih ramai suka yang nak buat sebab sambil isi koi raya sambil ngap kat dalam mulut..mana tak senang punyer keje...tapi biasanya part nak memasak rendang me ngan mak yang akan duduk kat ceruk dapur...rendang ayam dengan daging wajib ada untuk dimakan bersama lemang pada pagi raya tu nanti...hisshhh!! pendek kata memang penat dan kecoh ala kepoh laa malam raya tu...



Resepi yang mudah dan simple sesuai untuk orang yang "rajin" kedapur..


Kalau bercerita pasal hari raya nih, memang takkan habis...Jadi baik laa kita terus menjenguk dapur me nih kita tengok apa resepi yang nak me kongsikan bersama..Sebenarnya tahun nih laa biskut raya yang paling banyak me buat...ada laa dalam 8 jenis..tak termasuk goreng gorengan. Tahun nih hormon kerajinan agak membuak-buak sikit...hahaha. Macam tahun lepas biskut raya me semua main tunjuk-tunjuk je...Tapi bila rasa alamak ada yang tak kena ngan tekak me..Kalau ada yang sedap pulak harganya mak aii boleh potong kepala wooo...jadi jawapannya buat kudapan untuk makan sendiri-sendiri je laa...


Kalau nak lagi menarik boleh hiaskan coklat putih atas biskut ni..
  
Biskut ni first time me rasa masa me pergi ke KLCC..ada satu kiosk [me dah lupa apa nama kiosk tu] memang dia jual memacam cookies bertemakan coklat nih..So me terai laa beli almond cluster nih..fuhhh!!! memang me dah jatuh chenta habis ngan almond cluster nih...terasa kecoklatan dan kelemakkan badam tu...tapi bila tengokkan harga agak mahal gak laa bagi orang kebanyakkan macam me nih...kalau hari-hari beli mau susut poket seluar me tapi badan lak yang naik gebu nanti..dah laa harga berdentum cookiesnyer pulak boleh makan sekali hadap je...So dengan bantuan pakcik kesayangan me Uncle G...me terus mengugel  resepi nih...jadi kat sini me nak kongsikan pulak dengan uols kalau ada yang berminat dan suka dengan almond cluster nih...Selamat mencuba...


BINTANG :- ***** 5/5


Resepi me skodeng kat blog qellissabb


Bahan-bahan :-

150gm almond strip [panggang dalam oven 5-10 min]
150gm cornflakes [me tak letak]
50gm buah ceri/kismis [me tak letak]
50gm nutella [me tak letak]
200gm milk coklat compound
200gm dark coklat compound [me tak letak tak ada stock]
**white coklat untuk hiasan** me tak buat sebab kesuntukkan masa



Cara-cara :-

Cairkan coklat dengan nutella secara double boiler.
Masukkan semua bahan-bahan [almond,cornflakes & ceri] ke dalam coklat yang dicairkan.
Gaulkan coklat dan bahan-bahan tadi hingga sebati.
Dengan menggunakan sudu, scoop bahan tadi dan masukkan ke dalam paper cup.
Untuk hiasan cairkan white coklat secara double boiler.
Kemudian masukkan white coklat kedalam piping bag dan drizzle @ hiaskan ke atas almond tadi.
Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.




Comments

Fofuler post

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES