Skip to main content

AYAM MASAK TANJUNG

Wah!! nama resepi tak bleh blah bak kata orang memuda sekarang..Siap ada nama tanjung..tapi ni bkn anak tanjung mami penang ye..tapi Tanjung Blanja, Parit...hehehe. Ekceli me dapat resepi ni dari kawan baik me masa kat kampung~MA. Bila me tanya apa nama resepi ni, dia kata rendang ayam. Tapi bahan-bahan dia tu tak macam nak masak rendang ayam yang selalu kita buat tu. Jadi me sesaja kasi nama ayam masak tanjung sebab kawan me ni duduk kat Tanjung Blanja. 1st time me makan rendang yang dia buat ni terus jatuh chinta...shedaapppp!!! Dia pun dengan baik hati sudi berkongsi resepi ni dengan me tapi dia tak reti nak bagi sukatan yang tepat sebab dia kata dia masak pun main agak-agak & campak-campak je...memang betul laa kata orang kalo kita masak main campak-campak ni sedap je tekak ni menelannya...jadi kalo rasa tak tau nak masak apa ari nih meh terai ayam masak tanjung ni plak....




BINTANG :- ***** 5/5

Bahan-bahan :-

Ayam
Cili Kering
Serbuk kari ayam/daging
Kicap manis
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Kulit kayu manis
Daun kari
Bunga cengkih
Buah pelaga
Santan
Garam

Cara-cara :-

Blenderkan bawang merah, putih dan cili kering
Perapkan ayam dengan bahan blender, serbuk kari dan kicap selama 1 jam [kalau lama lagi mesra]
Dalam kualai tumiskan daun kari, bunga cengkih, kulit kayu manis,buah pelaga dan serai yang telah dititik
Masukkan ayam yang telah diperap tadi dalam kuali.
Biarkan seketika dan bolehlah masukkan santan dan garam secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.


Comments

Fofuler post

AYAM SERAI DIRAJA

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES